Ophelia


 Di ketika ini, aku sering mendengarkan sebuah lagu dari bahasa penjajah. Tajuknya begitu unik sekali kedengarannya kerana tajuknya menggunakan sepotong nama seorang wanita. Setiap bait bunyi pada namanya membuatkan batinku semakin tertunduk pada keghairahan asmara. Baru saja dengar namanya, bayangkan orangnya benar-benar ada, tak mustahil diri ini terus terpikat pada sang pemilik nama.
 
 Lagu yang didengari didendang oleh sebuah band Amerika bernama The Lumineers. dan tajuknya adalah Ophelia.Unikkan namanya! Saat bila mendengarkan lagu ini, ruang pikiran terus diisi dengan suatu kemikal yang merombak keseluruhan dasar sistem pikiranku dan hanya berpandukan pada nama itu saja. Lalu tanpa membuang masa, kugapai telefon bimbit dari atas meja yang dipenuhi oleh kertas dan juga beberapa plastik Mamee yang kumakan tadi. dan terus jari-jemariku pantas menaip bagaikan kilat menyambar menyentuh bumi. Walau ada ketika tersilap huruf pada ejaannya tapi tidaklah menjadi halangan padaku sama sekali. (padahal ejaannya sudah auto-correct).


bersambung...



Ulasan

Catatan Popular